Tiap yang berjiwa akan merasakan MATI
Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu
Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, sesungguhnya ia telah beruntung
Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
(Al-Imran:185)
Tanggal 05-05-07, permergian seorang lagi ahli keluarga yg disayangi Allahyarhamah Rahmah. Alisya memanggil Allahyarhamah sebagai Nyang... Nyang menghembuskan nafas terakhir beberapa ketika sebelum azan zuhor berkumandang di usia 82tahun..beliau seorang yang amat baik, lemah lembut dan menyayangi kanak-kanak... kali terakhir Alisya bertemu dan menatap wajah Nyang ialah pada bulan Mac sewaktu melawat beliau dirumahnya. Waktu tu tubuh kecil Nyang masih sihat cuma cepat rasa penat, berjalan jauh memang Nyang dah tak larat.Dari riak wajahnya Nyang memang seorang yang cekal dan tabah.
Nyang... Alisya sekeluarga doakan amanlah diSana, diSisi yang Maha Pencipta.. serta Disamping hamba-hambanya yang beramal soleh...Kita semua akan bertemu jua nanti cuma detik dan masanya hanyalah Allah yang Maha Mengetahui.
Kali pertama kita berjumpa, sewaktu Hari Raya AidilFitri 2006, Alisya berumur 10 hari.
Sewaktu Hari Raya Aidil Adha - Disember 2006
Kali terakhir bertemu Nyang - Mac 2007
No comments:
Post a Comment