Wednesday, February 28, 2007

Majlis Aqiqah Alisya... 17 Februari 2007

Selepas di mandikan Ma, bermula lah sessi makeover...Ma pun memang gemar buat benda2 cam ni...dan I pun tak kisah..."Like mother like daughter?"


Tapi yang kureng sikit, mata I dah teramat ngantuk. Sambil di gayakan Ma I sempat curi2 "sekelap"...lepas ni nak mengadap ramai orang untuk majlis potong jambul...macam ler I ni ada jambul. Ada soksek2 di luar tu bertanya "apa yang di potong nanti?". Suka hati ler; at least tak ler teruk kepala I ni di terjah orang...hehehe lihatlah rambut i yg 'lebat' tu ....

finally... ni ler hasilnyer, Ma kata tak mau over sangat, simple2 jer ler... nanti nampak mcm 'baby dewasa'... Pakaian mesti sopan, tak mau tunjuk betis, sbb tu kena pakai stokin... tapi Ma lupa baju tu takde lengan, so nampak ketiak!...arghhhh shame!!!shame!!


Nampak tak I baring atas pe tu?? Atas kain batik...tu hasil sentuhan Ma...siap ada renda2 pink kat tepi. Kegunaan nya utk alas I masa didukung untuk cukur jambul nanti.Ikut kata Wan, kalau baby pompuan kena alas pakai kain batik, kalau baby lelaki kena alas ngan kain songket!!!...Mana aci nih, org lelaki pakai kain mahal !!! Tapi takpe la kain batik kan mmg sinonim utk org pompuan. Ishhh, tak sabarnya, bila nak start nih???


Masa yg ditunggu-tunggu pun tiba, Ustaz A Rahman Deli adalah orang pertama di beri penghormatan untuk memulakan potong jambul. Terkezut jugak al-fadhil bila tengok kepala I yang "banyak" rambut tu. Tapi sebagai Ustaz, dia cool aje...macam I jugak.


Lepas tu, Pa pun mengarak i kepada setiap org yg hadir, ada yg gunting rambut i ada jugak yg sekadar mengusap2 kepala i, bukan tu je i turut diberi 'angpau'.... emmm... tau la besok Chinese new Year.Terima kasih to all .
Sebagai tanda terima kasih yg tak terhingga, semua yg hadir diberi bunga telur dan manisan... dek bizi punya pasal gambar manisan pulak Pa lupa nak ambil ...kwang..kwang..kwang ; (




Ni ialah Ustaz Mat Zin, yg lain2 tu ramai yg i tak kenal, tapi yg penting ni semua Atuk punya geng masjid...


Ehhh, ni pakNgah from Semenyih...apasal cam kekok jer tu? Tak lar, pakNgah baru nak ambik gunting...


Macam kenal jer ngan atuk ni...emmm siapa ek?? hah baru ingat, ni Tuan Hj.Kassim...imam masjid Kuala Sawah yg lama... Bestnyer dpt ciuman dari org alim... Atuk doakanlah Alisya jadi org yg baik-baik ye. Amin.


Uncle ni memang bersemangat nak menggunting rambut i, potong jangan tak potong!! wooppsss... hati2 jangan sampai terkena kulit kepala, naya!!


Wan Rembau punya turn plak, i pun tak segan2 lagi dah, terus tersenyum lebar... nampaknya makNgah pun dah get ready jugak tuu...


Akhir sekali sempat jugak i berposing ngan Pa & Ma, tengok la tuh...ada jugak yg nak interprem
... abg Kemal ngan raga bunga telur...


Selesai sudah upacara majlis, doa pun dibaca tanda kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Mudah-mudahan Allah memberkati semua yg hadir dan semua ahli2 keluarga Alisya. Doakan lah Alisya supaya menjadi anak yg solehah, beriman dan berilmu. Hanya itu yang kekal ke akhir hayat.Amin.


Sebenarnya banyak lagi shot2 menarik di sepanjang majlis utk dikongsi bersama... nantikan Alisya di episod yg akan datang...bersambung...

Monday, February 26, 2007

Majlis Aqiqah Alisya...Persediaan

Alhamdulillah, majlis Aqiqah yang di rancang sejak hujung tahun 2006 bermula lah. Pa dengan Atuk dah pergi ke Kuala Sawah jumpa saudagar kambing, En Said buat booking kambing seminggu sebelum majlis. Persetujuan di buat untuk berat kambing dan permintaan untuk Ustaz Ahmad menyembelih kambing tu nanti pada petang 16 Februari 2007, lepas sembahyang Jumaat.

Hari Jumaat tu, Pa, Ma & Alisya dah ada kat kampung sebab dah janji untuk sembelih kambing pukul 3 petang. Lepas solat Jumaat, Pa pun ke Kuala Sawah sendiri untuk urusan kambing. Atuk tak ikut sebab banyak kerja nak di buat kat kampung.

Kambing yang telah di akad belian dari En. Said di bawa ke tempat penyembelihan oleh orang2 kuat dia...lebih kurang 32kg berat kambing tu.



Ustaz Ahmad dah sedia untuk penyembelihan dengan niat aqiqah sambil di perhatikan oleh En. Said dan cucu nya, Rahmat. Young man ni langsung tak gentar tengok kambing kena sembelih...ada tokoh nak sambung biznes atuk dia suatu hari nanti.



Kerja penyembelihan dah selesai boleh ler Ustaz Ahmad dan En Said releks basahkan tekak dengan teh susu. En. Said ni hidup dengan famili dia simple aje. Masa minum teh dia share cerita tempat dia di naiki air. Habis barangan letrik dan perkakas rumah dia sebab tak sempat diselamatkan kecuali dokumen penting. Ternakan dia termasuk ayam dan kucing banyak mati lemas. Ini ujian bagi dia...semoga dia sabar menghadapi nya.



Tempat En Said ni memang terpencil sikit...natural. Burung raja udang ni pun banyak sebab dekat dengan sumber makanan...ikan. Kesan banjir masih ada lagi bila lalu kat sini.


Ma sempat bawak I tengok Wan Acik dengan Tok Ngah & wife kopek petai untuk buat sambal...salah satu lauk dalam menu.


Pak Wari, cousin Ma sibuk jugak kat tempat membasuh bahan2 mentah untuk di masak. Kebetulan pulak dia off-duty hari tu...boleh ler contribute tenaga yang amat di perlukan.


Sambil tu, Pak Wan, Pak Pijad & Kak Aishah sibuk tolong Wan perah kelapa untuk dapat santan buat gulai kambing dan ayam.


Wan Acik memang sibuk dan kuat kerja orang nya. Walupun kaki tak berapa kuat; jalan kena pakai tongkat, dia tetap nak membantu buat kerja sambil duduk...yang penting bahan2 tu kena ler bawak kat dia. Ma cuma boleh jadi pemerhati sebab nak jaga I. Tengok jer la mengipas dengan 'sokobar' sebab hari dah mula panas.


Penyusunan bahan buat tepung tawar tu pun Wan Acik tolong susun. Daun2 tu Atuk yang carikan...kira berbakat gak Atuk tu ye?

Jam dah pukul 10.30 pagi, kejap lagi jemputan akan sampai untuk memulakan majlis berzanji. So Ma kena ler get me ready for my big day.

...to be continued dalam episod seterus nya.

Thursday, February 08, 2007

Baby Day Out

One fine day Pa & Ma buat "kezutan" for me...Its Baby Day Out!!

Yahoo! Yabbadabadoo! I am having a day out dengan Pa & Ma.

Destinasi?....Seremban. Tujuan? Beli baju Alisya untuk Majlis Aqiqah / Bercukur akan datang ni.

Oooo...tak sabar rasa nya nak dapat baju baru untuk majlis tu.


Sebelum tu, kena la di mandikan dulu Cik Alisya ni...maklum ler nak pi jalan.

Macam I cakap dalam episod sebelum ni, I memang tak kisah mandi ni...bukan "Aiman jer tak kisah".

Gambar ni Pa buat "candid" pulak...tak sempat nak simpul senyum cantik. Thats ok. Lagi pun I tengah dalam keadaan ...dot...dot...dot.


Apa tenung-tenung tu?
Thats me...up close. Pa tak tahu apa nak buat sambil tunggu Ma so ambil gambar I deka-dekat..."close-up". Macam mana Pa handle me and the camera tak tau ler...but I know I am in safe hands.

Lepas mandi-manda, Ma yang akan dress me up. Kena bebagai benda nak kena buat...pakai nappies...pakai losyen...sapu minyak angin...sapu bedak sikit...last-last baru pakaikan dress/ seluar. Agak remeh tapi Ma enjoys doing it. Ma akan siapkan bekalan I...the standard things macam spare nappies, susu etc etc...tak ler banyak setakat boleh selit dalam beg Ma jer.

Bila semua dah beres, we all bertiga pun head for town...Seremban Parade to be exact. Pa kata dia rasa lebih comfortable kat situ...crowd dia pun tak ler macam T1 yang terlalu riuh. Ma pun suka Seremban Parade sebab ada Parkson. Barang untuk babies kat situ better...or to Ma's liking.

Oh ya! I sekarang dah ada kenderaan sendiri...pacuan 3-roda...see photo of me in my new 3-wheel pram kat Seremban Parade dengan background Chinese New Year decor serba merah. Cuma kereta I ni enjin jer tak ada...yang ada tenaga Pa & Ma yang menyorong I dalam kereta baru I. Pa & Ma beli kat JJ Mid Valley. Ma minat design dia agak unique sikit.

This is Ma pushing me...tengok ler betapa lengang belakang tu. Kalau kat T1 memang sibuk sesangat and susah nak move around. Now you know why they like this place better than T1.

We all keluar petang sebab hari dah sejuk sikit...kurang panas. Kalau panas nanti, I pulak yang restless...nanti Pa & Ma pun sama-sama tak comfortable. Balik pada tujuan asal cari baju I tu...agak susah gak nak dapatkan saiz yang fits me sebab kecik lagi. Akhir nya Pa saw one very nice dress yang Ma pun setuju. Kalau nak tengok kena ler tunggu I pakai kat Majlis tu nanti. Sabar ye?

Petang tu Pa & Ma makan kat Pizza Hut...I cuma temankan aje dengan sebotol susu...of course I dapat first priority...."Kita minum dulu...!"

Tengok jer la Ma tu...sambil bagi I susu pun boleh pose lagi. I cuma pandang jer aksi Ma tu.




Dah dapat susu baru ler ceria.


After my milk, Ma pun mula la attack her food starting dengan her favourite soft drink with me sandwiched in between. Kena ada skill jugak nak makan atau minum dengan baby in hand...and Ma is coping well, I see.




Seremban Parade pun dah ada "face-lift" sikit. Kenny Rogers Roasters tu yang dulu dok kat dalam tapi sekarang dah ada new place kat depan...should bring in more customers than kat dalam tu.

Stesen Keretapi Seremban masih macam dulu...sibuk pada waktu tertentu aje. Usually bila weekend and festival time bila tren Komuter sampai. Ma ada banyak memories naik Komuter ni masa dia kerja kat KL dulu. Ulang-alik Seremba-KL...gelap dah keluar...gelap gak baru balik. Memang tiring and stressful especially bila tak dapat seat sampai ler stesen Bangi bila ramai passenger turun. Silap-silap sampai Nilai!!

Mengadap Seremban Parade ada bangunan TNB yang baru gak siap tu. Baru ler nampak grand sikit bandar Seremban dengan building macam ni.


Bila jalan-jalan ni, masa berlalu begitu cepat. Tak sedar malam-siang, hujan-panas kalau dok dalam shopping complex. Sedar tak sedar hari pun dah petang nak masuk senja...




Mata Alisya pun dah berat...badan pun dah letih. Apa yang di cari dah pun dapat. We all pun balik ler ke rumah lebih kurang waktu Magrib. Outing yang pendek tapi mencapai matlamat...I dapat baju baru, Pa & Ma pun dapat bawak I jalan-jalan...or is it I dapat bawak Pa & Ma jalan-jalan?
Thank you Pa...Thank you Ma for taking me out today. Buat ler selalu...yek?

OK see ya in next episode...Majlis Aqiqah...Insyallah.

Tuesday, February 06, 2007

Transformasi...

Hi semua,

Amacam cerita tentang perkembangan I setakat ni? Kalau di ingat balik tumbesan I sejak lahir rasa macam tak percaya. Ia laa...masa lahir tu, I cuma 2.3kg saje. Ma kata, I antara baby yang terkecil di antara babies yang ada masa tu...dan dia sangat tersentuh bila mengenangkan keadaan I masa tu.

Tengok jer la wajah I masa umur lebih kurang 1 minggu ni di dalam tapak tangan orang dewasa...nak tahu berapa kecik nya I masa lahir.

Takdir menentukan I menjadi anak kepada Pa & Ma...dan memang itu ler yang tertulis dan di janjikan Allah...yang terbaik bagi insan bernama Alisya.




Ni satu lagi gambar lagi kecik masa I umur 2 hari...my 1st day di Seremban dengan Pa & Ma.

Here Pa & Ma tengah mencuba mandikan I for the very first time.

Walaupun agak kekok, they managed to give me a good bath...siap guna air suam lagi. One thing about taking baths, I don't mind...in fact I like it.




Just to show you another photo of me enjoying a good scrub on the back.

Yang ni ambek kat kampung Ma...and tangan yang menggosok tu adalah tangan Kak Long Ma.

Dia ada 4 orang anak...so banyak pengalaman jaga babies. Kejap jer dia mandikan I.





Sekarang cuba tengok pulak gambar ni yang di ambil sekitar pertengahan bulan November 2006 dan compare dengan yang atas.

Dah nampak perbezaan? Of course...

Double chin is the most obvious thing you can see for yourself and mata dah tak sepet macam baru lahir.

Dahi pun tak kerut :)

Gambar ni pulak di ambil 23 Disember 2006...2 hari sebelum cuti Hari Krismas.

Masa ni kat rumah Seremban...Ma yang mandikan. Dia pun dah kira expert ler mandikan I by this time.


Memang Alisya sedang membesar...pipi gembol plus double chin...what a combination!

Ni ler sebahagian dari my transformasi...



Cerita pasal transformasi...tengok pulak siri gambar ni. Bermula dari 17 Oktober 2006...19 November 2006...9 Disember 2006 dan 25 Januari 2007. AllahuAkbar...



I must say "Syukur" for being blessed with this life with Ma & Pa...and "A Million Thanks" to Ma & Pa for transforming me from the sad looking 2.3kg baby to a healthy, bubbly little joy.

My transformation is an ongoing story and will continue... May Allah bless us with a good life filled with love, care and good health...and our soul with "Iman".

Saturday, February 03, 2007

My 4th Month...January 2007

Its 2007...and I am now in my 4th month. Tapi kalau ikut umur dari tarikh lahir kira baru 3 bulan. See my 2007 look ni...siap dengan headress and pacifier. Macam anak orang putih tak? Pacifier ni penting to keep me occupied sementara Ma buat kerja lain. Model yang di dalam mulut ni jenis 'orthodontic' to prevent tooth trouble.

"Mak" yang jaga I tu kata dah 4 bulan laa. Ya la kot...kalau di ambek kira umur dalam kandungan lebih kurang 9 bulan 10 hari tu.


Nevertheless...life is sooo good...Alhamdulillah. I could not have asked for more than what I am enjoying now with my Pa & Ma.


They have taken very good care of me. My makan (or is it minum?) terjaga. Pakaian...especially nappies terjaga...tak ler sampai melecet peha sebab terlalu lama dalam nappies basah.

Thank You Very Much Pa & Ma.

Sejak lahir Pa & Ma have been feeding me with formula milk jenama "Bebelac" as in this photo on the right.

Ada 2 types FL and EC tapi I am having the EC one untuk mulas perut, kembung perut & cirit-birit.

Lihat jer la hasil nya dalam gambar atas.






One of the best things to do is to hang on to Ma's shoulder after a good feeding. She likes to "burp" me just as she likes to feed me.

Usually she ends up with a lot of "mess" on her shoulder, blouse as I don't just burp air but also the milk I had just consumed.

Sorry Ma...









Sleep is the most important thing for my growth at this tender age. At 3 month old, I sleep 15 hours of the 24-hour day tapi ada my own cycle and my own style. Pose yang selalu I buat is hands over my eyes dengan pacifier in my mouth. Pa selalu capture my sleeping pose macam kat bawah ni.

Ma ada belikan "bow headband" warna pink tapi belum ada apa-apa occasion nak di pakai. So one fine day Ma dressed me up in pink and put on the pink bow headband to match.

Mula-mula rasa pelik sikit sebab benda tu pakai getah...dah tu getah tu masih tegang lagi. Lepas di tarik-tarik baru ler longgar sikit dan boleh ler I bergaya dengan bow headband tu.

Here is the result on the right.



Satu benda yang kerap berlaku ialah sessi bergambar yang di buat secara spontan. Pa will ask Ma to dress me up...usually after a bath for a quick mini photo session.


Peringkat awal memang ler ceria...tapi lama kelamaan letih gak dibuat nya sampai tertidur. Agak nya model yang kat luar tu sama macam ni kot?



Ada lagi satu headgear yang Ma beli. Dia ada ternampak a Chinese couple bawak baby pakai benda tu and she kinda like it. So, one fine day dia terjumpa ler head gear tu and the photo session start again. Here are the result...


Bulan January ni gak birthday Pa. Happy Birthday Pa and Thank You for everything you have done for me. Semoga Allah melanjutkan usia Pa dalam kesihatan dan semoga di limpahkan rezeki yang halal...Amin.


Bulan Januari ni kira paling banyak happening and achievement in my life. I dapat MyKid this month that registers me as a true Malaysian...saya anak Malaysia....

Satu lagi yang paling best...I dah berjaya menyarap. This is really something...walaupun I belum pandai lagi nak balik ke position terlentang, my feat made both Pa & Ma very excited. And everything happened on 20th January 2007 bersamaan 1 Muharram 1428. Sekarang ni dah kemaruk nak menyarap pulak. Asal terjaga dari jer tidur terus nak ke posisi menyarap...pas tu teriak bila nak bantuan balikkan ke posisi terlentang. Kesian Pa & Ma terpaksa bangun waktu tu nak beri bantuan...but I know they are very patient with me.


Still following my story? Bebanyok sabor ler okay? Ma dah sound suruh rest ler pulak sebab I need my precious sleep. Mata I nampak macam segar lagi tapi I pun rasa I kena rest.


So, jumpa lagi di lain episod....Zzzzzz
Baby Asleep...Do Not Disturb