Saturday, March 17, 2007

My 5th Month...February 2007

Diam tak diam, Februari, bulan terpendek dalam setahun pun dah muncul and banyak benda telah I lalui bersama Pa & Ma sejak Oktober 2006. Bulan ni agak penuh dengan aktiviti dengan Majlis Aqiqah, Chinese New Year dan outing.

Tengok jer laa muka I yang nampak dah penuh ni....bukan nya apa...di jaga dengan baik. Makan dan minum terjaga... rehat pun cukup. Sihat ler tu...Alhamdulillah!



Februari ni bulan 'Gong Xi Fa Cai'...Chinese New Year. So bila jalan-jalan ke shopping complex tema nya merah ler macam masa Pa & Ma bawak pi Seremban Parade ni.

Perayaan macam ni bagus gak sebab I dapat peluang di bawak berjalan-jalan sambil mengambil kesempatan ber'shopping' sempena 'sales'. Ma selalu tak miss belikan I something kalau keluar macam ni.


Ada satu perkara yang Pa & Ma observe is the way I sleep. I akan letak tangan I kat hidung...tangan yang I dah hisap sebelum ni. Kata Pa, I saja nak ambik bau jari "acam little fingers" tu. Kekadang sebelah tangan lagi letak atas kepala.


Satu lagi view of my "acam little fingers"


Di peringkat ni, I dah pandai gak buat macam-macam expresi muka...


Tak ada mood...letih dan terperanjat.


...senyum dan ketawa pun dah boleh kalau kena pada suis nya.


Bulan ni gak Pa & Ma buat Majlis Aqiqah untuk I di kampung Ma. Siap panggil kengkawan Atok dari masjid. Famili Pa from Rembau pun datang gak. Cerita majlis tu Ma dah buat dalam episod lain.

Kalau menyarap tu, I dah kira comfortable and can manage on my own. Skill nak balik ke posisi terlentang masih lagi belum dapat master. Don't worry...benda ni akan datang naturally.


Ma sekarang dah mulakan diet I dengan pemakanan tambahan...bijirin bayi (beras) yang untuk umur 6 ke 24 bulan Stage 1. Susu I tetap macam biasa ler cuma bijirin ni buat alas perut aje sampai I dapat menyesuaikan diri dengan solid food.


Pa memang gemar mencuit hati I...tau aje dia camna nak buat I ketawa besar. Dengan pipi cam I ni, bila ketawa memang ler sampai terkatup mata...tu yang Pa nak tengok agak nya.



Sempena Chinese New Year tahun ni, Pa dapat jemputan ke rumah kawan dia kat Green Street Home di Seremban 2. Ma & I okay aje kalau pasal berjalan ni. Kawan Pa ni terperanjat gak tengok Pa & Ma bawak I sebab tahun dulu dia datang rumah Pa masa Raya, I belum ada lagi. Tup tup tahun ni datang bawak surprise. Rupa-rupa nya kawan Pa pun ada surprise gak...dia pun ada baby girl baru. Boleh ler jadi kawan I nanti.



The Indian lady dalam gambar ni babysitter anak kawan Pa yang lelaki tu masa dia kecik-kecik dulu. Masih maintain contact...kira serasi ler tu kata orang. The lady tu wife member Pa; she is a teacher.


I sekarang dah mula mencapai barang depan mata. Coordination tangan tak berapa steady but I'm trying.


Pegang buku pun dah boleh...cuma membaca aje yang Ma selalu buat..."bedtime stories" kata orang putih.


You can see how much fun I am having...but at the end of the day, I am still a baby girl. I still depend on Pa & Ma for many things. My favourite 'pacifier' ni pun Pa & Ma kena suapkan ke mulut I even though benda tu depan mata I. Paaa....Maaa...can I have my pacifier?...and my well deserved rest for being a good girl?


Ok! Ok! With a smile like that, Pa & Ma have to surrender...you win! We'll give you your pacifier after you take your milk. Then you can have your well deserved rest.


Good Nite my dear Alisya...hugs & kissess from Pa & Ma.

No comments: