Musim buah di kampung Ma dah bermula. Ada ler buah durian, langsat & manggis yang dah memberi hasil...kira dah boleh makan. Seperti tahun-tahun dulu, terpaksa ler berhadapan dengan musuh tradisi...tupai...monyet...yang sentiasa aktif dan bijak mencari jalan untuk mendapatkan buah-buahan secara senyap.
Ni ler akibat manusia yang rakus menerokai ruang mereka...so its pay back time untuk mereka ler pulak. Tak boleh ler nak komplen.
Ni siri gambar baru-baru ni yang Pa rakamkan...
Salah satu musuh tradisi...
Yang ni lagi dahsyat...datang bawak kengkawan
Rambutan yang separuh masak macam ni pun jadi habuan mereka
Yang tak sempat habis di makan jadi rezeki Sang Semut
Ni manggis yang Atuk dapat dari Rantau...kampung Atuk
Tu macam Pak Pi aje...kat mana tu?
Waahh...tinggi nye dia atas pokok langsat tu! "Hati-hait" kata Atuk & Wan
Ni ler langsat yang Pak Pi nak ambil tu
Skill jolok manggis pakai sebelah tangan oleh Pak Pi
Lihat hasil nye kat hujung galah tu
Duku langsat masih muda lagi
Rambai pun macam tu gak
Nangka ni gak yang tak ikut musim nak berbuah
Macam pisang ni
Bunga kantan ni buat ulam pun sodap...yang ni dah kembang
Setakat ni Atuk atau Wan akan jaga rumah...make sure musuh-musuh tu tak makan buah. Kadang-kadang tak terkawal gak...jadi rezeki mereka laa.
Nan, my best time of the year in Taiping has to be the musim buah2an..
ReplyDeleteDeroyannye mane?
-wahi