Saturday, June 23, 2007

Musim Buah Akan Tiba

Musim buah dah tiba lagi...
Harap putik buah yang dah kelihatan tu dapat bertahan hingga masak...kalau tak menjadi rezeki manusia akan menjadi rezeki haiwan sekeliling.
Kalau di Rembau, pokok buah dekat rumah mungkin boleh bertahan berbanding dengan di kampung Ma kat Rantau. Maklum laa...musuh banyak; especially monyet yang dah lama dok aim buah-buah tu.
Tengok ler nanti...sambil tu, nikmati jer la gambar buah yang dah berputik ni...Pa rakamkan untuk semua.
Buah dukong kat Rantau tepi garaj Atok...masih hijau lagi


...close-up sikit. Hmmm...nampak lalat buah tu?


Hah...ni pulak buah rambai kat kampung Atok Rantau.


Duku langsat kat Rantau...mula masak berperingkat dah.


Manggis belakang rumah Atok Rantau.


Kat Rembau pun ada gak sikit-sikit buah tepi rumah.

Ni buah dukong (duku langsat?) kat belakang reban aje.


Belimbing besi ni dah masak nampak nya...tak petik?


Rambutan yang masih hijau...kat Rembau & Rantau sama aje.


Mudah-mudahan buah-buahan ni semua menjadi untuk semua makan...maybe not me lah. Ada umur and rezeki, Insyallah dapat ler merasa buah-buahan tempatan ni...dalam 2-3 tahun lagi?

No comments: