Sunday, March 18, 2007

Ribut Melanda Kampung Ma

Pada 14 Mac 2007 baru-baru ni, lebih kurang jam 5 petang ribut telah melanda kampung Ma. Ini suatu ujian bagi Wan & Atok di kampung. Angin yang kuat telah menumbangkan sebatang pokok durian yang dah lama dan sedang berbunga. Keadaan kelam kabut tu berlaku sebelah petang masa Wan, Atok and Mummy baru balik dari Banting. Petir yang kuat bersama angin mengegarkan dan mengejutkan semua. Dalam kekalutan tu, Wan terus membaca surah Yassin dan Atok pulak melaungkan Azan memohon agar dilindungi dari segala bencana.

Alhamdulillah, dengan mengingati Nya, rumah kampung tidak ditimpa pokok durian yang di tumbangkan angin kencang. Laluan pokok yang tumbang tu meranapkan sama sekali rumah longgok Wan.

Di rumah longgok ni ler kegiatan masak-memasak di jalankan bila ada kenduri termasuk kenduri Majlis Aqiqah I baru-baru ni. Kalau musim raya, Wan bakar lemang pun kat sini. Uncle Li dan Atok dulu pun letak motor kat sini. Macam-macam aktiviti di lakukan di sini. Sekarang semua nya dah jadi kenangan. Ni ler gambar yang Pa rakamkan untuk di abadikan.

Ni gambar pokok durian yang diambil bulan Julai 2006 dulu.


Ni pulak gambar rumah longgok di ambil Januari 2007.


Tengok jer la apa dah jadi pada rumah longgok setelah di hempap pokok durian! Wan, Atok & Pak Pi tengah tengok kerosakan sambil kucing "oyen" berehat aje.


Akar pokok durian yang tumbang tu seolah-olah di cabut dari tanah. Tu macam abang Izham jer...buat aksi Badang.


Abang Kemal yang kebetulan balik kampung sempena cuti sekolah pun nak bergambar di tempat 'kejadian'.


Pandangan dari bawah rumah longgok yang ranap tu sambil di perhatikan Atok, Pak Pi & abang Izham.


Pak Pi sempat jugak bergurau dengan 'anak didik' dia, abang Izham.


Begitu ler kisah trajedi yang berlaku kat kampung Ma masa cuti sekolah ni. Kata Atok ketua kampung ada bertanya khabar...tapi tak boleh 'beat' Ustaz Rahman yang siap sedekah duit kat Atok.

Syukur la tiada apa-apa berlaku keatas rumah Wan & Atok kecuali atap yang rosak sedikit akibat ranting pokok yang melibas. Angin yang kuat jugak mengalihkan sedikit penutup bumbung rumah. Mujur ler ada anak buah Wan yang bertukang membantu membuat kerja baik-pulih. Sekarang semua dah di perbaiki. Kerja membersih pun dah di buat secara gotong-royong oleh orang kampung. Ayah abang Kemal pun membantu membersih kawasan.

Semoga kejadian ini mendekatkan kita kepada Nya serta redha dengan ketentuan Nya.

1 comment: