Monday, March 26, 2007

Baby Walker Baru

Ahad 25 Mac 2007 baru ni, Pa, Ma and myself ke Seremban Parade to get me a new baby walker. We all left the house about 6.00pm sebab ada visitor tengah hari tu...Mama, Kak Long & Kak Cik from KL drop by on their way back to kampung. Kena ler Ma pakaikan baju ala-ala pyjamas tu.

Balik pasal citer baby walker tu....hmmm! Entah ler...rasa nya macam awal sangat nak masuk kan I ke dalam baby walker tu...mesti ada citer di sebalik projek beli walker ni.


Rupa-rupa nya Ma tak mau I di masuk dalam baby walker orang lain kat tempat "Mak" yang jaga I tu. Kira macam 'forced' jugak ler. I baru jer masuk 5 bulan...baru nak selesa menyarap...merangkak pun belum. Tak per laa...sooner or later pun memang nak kena ada walker gak.

We all headed for the Anakku Boutique sebab Ma nak apply member sekali yang ada points collection system...ala-ala Bonus Link...cuma ni applicable to Anakku Boutique purchases aje.

While waiting for Pa to make the purchase, Ma excused herself sebab nak cari 'port'...to feed me laa. Some how, I ni jadi public attraction pulak dari 'Amoi' jual handphone tu sampai ler 'Pak Cik security kat Seremban Parade tu...ada jer nak cuit pipi I yang montel ni.

Luck was on our side...kat situ ada sales lagi; so dapat discount lagi. Kat dalam kedai ada 2 orang jer yang serve customers; ada a young Malay girl and a Chinese 'aunty'. We all dapat a very good layanan from the aunty tu. After looking at the selection and considering the recommendation by the 'aunty' we all pun settled for the model yang berat sikit (for stability), banyak roda plus stopper and seat yang comfortable. Kira Ma ni very particular about barang-barang untuk I...making sure I get the best! Thanks Ma!

Tengok ler hasil 'shopping' we all...


...siap lambai-lampai lagi kat Pa! Tu nampak kotak dia jer.


Ni ler dia my brand new baby walker...side view.


This is the top view pulak.


Control panel kat depan ada macam-macam benda...musik pun ada. Ish! Best nyer! Tak sabor nak test drive.


Steering nampak macam 'teether'...definitely NOT... sebab keras semacam jer!


Pusing kat sini ker Ma? Macam ler dah ada 'driving licence'...kereta pacuan 3-roda tu pun Ma & Pa tolak...sabar ye Cik Alisya? Cukup time nanti leh apply your driving licence.



Back rest ni macam keras sikit pulak...


The verdict?....tengok jer la my facial expression kat bawah ni!


How about this one?


...and this one.


Ok Pa & Ma...I like it very very much. Now can I come out to play?

That evening, Pa & Ma ambek 'dinner' kat food court yang berwajah baru. Nice ambience...ada kelas gitu....but somehow a little deserted for a weekend. Mana pi orang Seremban semua?

As usual, by the time we got to the car I was half asleep. Before long, I was already in dreamland. Thanks a million Pa & Ma for the beautiful baby walker. I'll surely make full use of it nanti.

Saturday, March 24, 2007

Ma's Favourite


Hi semua... kali ni Alisya tampil dengan pose-pose yg jadi favourite Ma...Almaklum lah..dalam banyak-banyak gambar i yg Pa dah ambil (mencecah ke angka ribu) , berikut adalah diantara aksi i yg paling Ma suka.

... Senyuman i tak over sangat, tapi dah cukup menampakkan pipi i yg gebu tu...auwww ; P








Hello baby Tweety...termenung nampak???

sebenarnya perut i yg dah kenyang ni membuatkan mata i ni berat ...
Tunggu masa jer nak zzzZZZZZZZ!!!















Hobi masa lapang, i lom tau membaca lagi, tapi try jer la...mana tau ,tup-tup leh baca plak ... kan ke ajaib!!!
Leh ler i 'eksyen' sikit kat Ma tu...












My best friend...ni la baby Jumbo i...
kamceng abis ...












...mata kamu yang cantik...senyum kamu yang lawa... ooOOhh nona ku Alisya......

....jangan berangan nak jadi penyanyi ye!!...AF-AF tadak!!...









Tapi.... sebelum i nyanyi lagu kat atas, i kena la buat bubbling dulu...buurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......
AWASSS!!!.... tempias weihhhh....











cool beb....
takkan sampai meleleh air liur kot....











alaa....sedey nyer ......
bye-bye dulu la ek...

Monday, March 19, 2007

JJ d' JJ


Hello! Apa khabar disana? I macam biasa jer...Alhamdulillah.

Hari ni nak share sikit aktiviti weekend baru-baru ni...apa lagi kalau tak jalan-jalan; I call this one JJ d JJ. Alaa jangan ler buat-buat tak tau pulak...its Jalan-jalan di Jaya Jusco, Seremban 2.

Actually, plan asal nak ronda-ronda ke KL on Saturday, 17 April2007 tu tapi tak jadi. Biasa ler...Pa will make sure he gets enough of his precious sleep on weekends. By the time nak keluar dah petang pulak. So, plan terbatal and we ended up at kampung Ma on Saturday tu...dapat gak tengok damage akibat ribut baru-baru ni.

Sunday, 18 April 2007 we all pun decided to go to JJ aje sebab banyak benda kat rumah yang running low. Biasa ler...Pa kurang minat pi Giant even though its only 5 minutes drive away. So enjoy the pictorial story...

We all pit-stop kat Pak Tam dulu sebab Pa & Ma nak ambek lunch. Pa pekena Mi Jawa dengan kopi Pak Tam while Ma pulak order mi soto dengan her favourite teh-o.


I pulak cuma leh jadi pemerhati aje...and di perhatikan orang. Mentang-mentang kepala I ni 'clear' semua orang nak tengok...


Elok jugak Ma pilih kedai Pak Tam tu sebab kat Old Town 'Kopitiam' crowded habis.


Kat atas di kedai buku Pupular macam tak ramai sangat orang.


I tak kisah ler semua tu...sebab I di temankan my "Baby Jumbo"


Kat main foyer ada 'Go for it, GOLFERS!' sale...untuk yang minat benda macam ni ler.


Tengok jer la harga besi pemukul tu...


We all pergi ke MPH where Ma bought me books for my 'bedtime story telling'...by the time we all keluar dari MPH I dah angkat tangan mintak perhatian Ma...apa lagi kalau bukan 'feeding time'.


Ma siap main 'jau'jau cak' pulak tu...


Akhir nya dapat gak my milk.


...and I still have time to pose for Pa yang tak habis-habis ambek gambar...


Ma preparing to 'burp' me.


...ooops! Nak pose rupa nya!


Lepas dapat susu dan dah di'burp'kan boleh ler I berposing lagi...and jalan-jalan.


We all masuk baby's shop lepas tu sebab Ma nak beli hadiah untuk Boss Ma kat ofis yang baru dapat baby boy. Lepas tu cari my things pulak. Ni yang I suka kat Pa & Ma...always rewarding me bila keluar. Must be for my good conduct and well-behaved bila jalan-jalan. Next outing nanti boleh ler pakai baju baru yang Pa & Ma beli.


All in all, it was a great and simple outing. We all pi jugak later to the supermarket section to buy food stuff and other things. Lepas Maghrib di surau, we all pun balik ler. As soon as kereta bergerak, I pun lelap ler. By the time I jaga, we all dah sampai rumah dah.

Thanks Pa & Ma...love from baby Alisya.

Sunday, March 18, 2007

Ribut Melanda Kampung Ma

Pada 14 Mac 2007 baru-baru ni, lebih kurang jam 5 petang ribut telah melanda kampung Ma. Ini suatu ujian bagi Wan & Atok di kampung. Angin yang kuat telah menumbangkan sebatang pokok durian yang dah lama dan sedang berbunga. Keadaan kelam kabut tu berlaku sebelah petang masa Wan, Atok and Mummy baru balik dari Banting. Petir yang kuat bersama angin mengegarkan dan mengejutkan semua. Dalam kekalutan tu, Wan terus membaca surah Yassin dan Atok pulak melaungkan Azan memohon agar dilindungi dari segala bencana.

Alhamdulillah, dengan mengingati Nya, rumah kampung tidak ditimpa pokok durian yang di tumbangkan angin kencang. Laluan pokok yang tumbang tu meranapkan sama sekali rumah longgok Wan.

Di rumah longgok ni ler kegiatan masak-memasak di jalankan bila ada kenduri termasuk kenduri Majlis Aqiqah I baru-baru ni. Kalau musim raya, Wan bakar lemang pun kat sini. Uncle Li dan Atok dulu pun letak motor kat sini. Macam-macam aktiviti di lakukan di sini. Sekarang semua nya dah jadi kenangan. Ni ler gambar yang Pa rakamkan untuk di abadikan.

Ni gambar pokok durian yang diambil bulan Julai 2006 dulu.


Ni pulak gambar rumah longgok di ambil Januari 2007.


Tengok jer la apa dah jadi pada rumah longgok setelah di hempap pokok durian! Wan, Atok & Pak Pi tengah tengok kerosakan sambil kucing "oyen" berehat aje.


Akar pokok durian yang tumbang tu seolah-olah di cabut dari tanah. Tu macam abang Izham jer...buat aksi Badang.


Abang Kemal yang kebetulan balik kampung sempena cuti sekolah pun nak bergambar di tempat 'kejadian'.


Pandangan dari bawah rumah longgok yang ranap tu sambil di perhatikan Atok, Pak Pi & abang Izham.


Pak Pi sempat jugak bergurau dengan 'anak didik' dia, abang Izham.


Begitu ler kisah trajedi yang berlaku kat kampung Ma masa cuti sekolah ni. Kata Atok ketua kampung ada bertanya khabar...tapi tak boleh 'beat' Ustaz Rahman yang siap sedekah duit kat Atok.

Syukur la tiada apa-apa berlaku keatas rumah Wan & Atok kecuali atap yang rosak sedikit akibat ranting pokok yang melibas. Angin yang kuat jugak mengalihkan sedikit penutup bumbung rumah. Mujur ler ada anak buah Wan yang bertukang membantu membuat kerja baik-pulih. Sekarang semua dah di perbaiki. Kerja membersih pun dah di buat secara gotong-royong oleh orang kampung. Ayah abang Kemal pun membantu membersih kawasan.

Semoga kejadian ini mendekatkan kita kepada Nya serta redha dengan ketentuan Nya.

Saturday, March 17, 2007

My 5th Month...February 2007

Diam tak diam, Februari, bulan terpendek dalam setahun pun dah muncul and banyak benda telah I lalui bersama Pa & Ma sejak Oktober 2006. Bulan ni agak penuh dengan aktiviti dengan Majlis Aqiqah, Chinese New Year dan outing.

Tengok jer laa muka I yang nampak dah penuh ni....bukan nya apa...di jaga dengan baik. Makan dan minum terjaga... rehat pun cukup. Sihat ler tu...Alhamdulillah!



Februari ni bulan 'Gong Xi Fa Cai'...Chinese New Year. So bila jalan-jalan ke shopping complex tema nya merah ler macam masa Pa & Ma bawak pi Seremban Parade ni.

Perayaan macam ni bagus gak sebab I dapat peluang di bawak berjalan-jalan sambil mengambil kesempatan ber'shopping' sempena 'sales'. Ma selalu tak miss belikan I something kalau keluar macam ni.


Ada satu perkara yang Pa & Ma observe is the way I sleep. I akan letak tangan I kat hidung...tangan yang I dah hisap sebelum ni. Kata Pa, I saja nak ambik bau jari "acam little fingers" tu. Kekadang sebelah tangan lagi letak atas kepala.


Satu lagi view of my "acam little fingers"


Di peringkat ni, I dah pandai gak buat macam-macam expresi muka...


Tak ada mood...letih dan terperanjat.


...senyum dan ketawa pun dah boleh kalau kena pada suis nya.


Bulan ni gak Pa & Ma buat Majlis Aqiqah untuk I di kampung Ma. Siap panggil kengkawan Atok dari masjid. Famili Pa from Rembau pun datang gak. Cerita majlis tu Ma dah buat dalam episod lain.

Kalau menyarap tu, I dah kira comfortable and can manage on my own. Skill nak balik ke posisi terlentang masih lagi belum dapat master. Don't worry...benda ni akan datang naturally.


Ma sekarang dah mulakan diet I dengan pemakanan tambahan...bijirin bayi (beras) yang untuk umur 6 ke 24 bulan Stage 1. Susu I tetap macam biasa ler cuma bijirin ni buat alas perut aje sampai I dapat menyesuaikan diri dengan solid food.


Pa memang gemar mencuit hati I...tau aje dia camna nak buat I ketawa besar. Dengan pipi cam I ni, bila ketawa memang ler sampai terkatup mata...tu yang Pa nak tengok agak nya.



Sempena Chinese New Year tahun ni, Pa dapat jemputan ke rumah kawan dia kat Green Street Home di Seremban 2. Ma & I okay aje kalau pasal berjalan ni. Kawan Pa ni terperanjat gak tengok Pa & Ma bawak I sebab tahun dulu dia datang rumah Pa masa Raya, I belum ada lagi. Tup tup tahun ni datang bawak surprise. Rupa-rupa nya kawan Pa pun ada surprise gak...dia pun ada baby girl baru. Boleh ler jadi kawan I nanti.



The Indian lady dalam gambar ni babysitter anak kawan Pa yang lelaki tu masa dia kecik-kecik dulu. Masih maintain contact...kira serasi ler tu kata orang. The lady tu wife member Pa; she is a teacher.


I sekarang dah mula mencapai barang depan mata. Coordination tangan tak berapa steady but I'm trying.


Pegang buku pun dah boleh...cuma membaca aje yang Ma selalu buat..."bedtime stories" kata orang putih.


You can see how much fun I am having...but at the end of the day, I am still a baby girl. I still depend on Pa & Ma for many things. My favourite 'pacifier' ni pun Pa & Ma kena suapkan ke mulut I even though benda tu depan mata I. Paaa....Maaa...can I have my pacifier?...and my well deserved rest for being a good girl?


Ok! Ok! With a smile like that, Pa & Ma have to surrender...you win! We'll give you your pacifier after you take your milk. Then you can have your well deserved rest.


Good Nite my dear Alisya...hugs & kissess from Pa & Ma.