Alhamdulillah, majlis Aqiqah yang di rancang sejak hujung tahun 2006 bermula lah. Pa dengan Atuk dah pergi ke Kuala Sawah jumpa saudagar kambing, En Said buat booking kambing seminggu sebelum majlis. Persetujuan di buat untuk berat kambing dan permintaan untuk Ustaz Ahmad menyembelih kambing tu nanti pada petang 16 Februari 2007, lepas sembahyang Jumaat.
Hari Jumaat tu, Pa, Ma & Alisya dah ada kat kampung sebab dah janji untuk sembelih kambing pukul 3 petang. Lepas solat Jumaat, Pa pun ke Kuala Sawah sendiri untuk urusan kambing. Atuk tak ikut sebab banyak kerja nak di buat kat kampung.
Kambing yang telah di akad belian dari En. Said di bawa ke tempat penyembelihan oleh orang2 kuat dia...lebih kurang 32kg berat kambing tu.
Ustaz Ahmad dah sedia untuk penyembelihan dengan niat aqiqah sambil di perhatikan oleh En. Said dan cucu nya, Rahmat. Young man ni langsung tak gentar tengok kambing kena sembelih...ada tokoh nak sambung biznes atuk dia suatu hari nanti.
Kerja penyembelihan dah selesai boleh ler Ustaz Ahmad dan En Said releks basahkan tekak dengan teh susu. En. Said ni hidup dengan famili dia simple aje. Masa minum teh dia share cerita tempat dia di naiki air. Habis barangan letrik dan perkakas rumah dia sebab tak sempat diselamatkan kecuali dokumen penting. Ternakan dia termasuk ayam dan kucing banyak mati lemas. Ini ujian bagi dia...semoga dia sabar menghadapi nya.
Tempat En Said ni memang terpencil sikit...natural. Burung raja udang ni pun banyak sebab dekat dengan sumber makanan...ikan. Kesan banjir masih ada lagi bila lalu kat sini.
Ma sempat bawak I tengok Wan Acik dengan Tok Ngah & wife kopek petai untuk buat sambal...salah satu lauk dalam menu.
Pak Wari, cousin Ma sibuk jugak kat tempat membasuh bahan2 mentah untuk di masak. Kebetulan pulak dia off-duty hari tu...boleh ler contribute tenaga yang amat di perlukan.
Sambil tu, Pak Wan, Pak Pijad & Kak Aishah sibuk tolong Wan perah kelapa untuk dapat santan buat gulai kambing dan ayam.
Wan Acik memang sibuk dan kuat kerja orang nya. Walupun kaki tak berapa kuat; jalan kena pakai tongkat, dia tetap nak membantu buat kerja sambil duduk...yang penting bahan2 tu kena ler bawak kat dia. Ma cuma boleh jadi pemerhati sebab nak jaga I. Tengok jer la mengipas dengan 'sokobar' sebab hari dah mula panas.
Penyusunan bahan buat tepung tawar tu pun Wan Acik tolong susun. Daun2 tu Atuk yang carikan...kira berbakat gak Atuk tu ye?
Jam dah pukul 10.30 pagi, kejap lagi jemputan akan sampai untuk memulakan majlis berzanji. So Ma kena ler get me ready for my big day.
...to be continued dalam episod seterus nya.
alisya so chomel!!
ReplyDeletedoakan alisya sehat slalu n membesar dgn cepat=) amin..